Kata-kata Aluan

Imbasan Ingatan Puan Guru Besar Tahun 2014

guru_besar

 

Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi maha mengasihi,

Assalamualaikum w.h.b.

Buku Pengurusan dan Pentadbiran  SKDAB 2016 disediakan untuk membolehkan semua warga SKDAB digemblengkan secara efektif bagi mencapai tahap kecemerlangan selaras dengan wawasan sekolah. Bagi memastikan kemenjadian

tanggungjawab untuk kecemerlangan sekolah maka semua guru dan staf sokongan perlu tahu, faham dan boleh melaksanakan tugas, tanggungjawa dan amanah yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan hasil kerja yang berkualiti tinggi.

Tugas dan tanggungjawab kita amat berat untuk melaksanakannya dan memerlukan komitmen yang tinggi untuk memastikan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mencapai  sasarannya. Pengumuman  YAB Perdana Menteri yang berfokuskan Bidang Keberhasilan Utama (NKRA)  bagi kerajaan apabila beliau memegang tampuk pimpinan negara. NKRA tersebut turut merangkumi bidang pendidikan negara yang dipertanggungjawab kepada KPM.Bidang keutamaan yang dikenalpasti yang diberi keutamaan oleh negara ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

            Oleh itu, adalah diharapkan semua guru dan staf sokongan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan cemerlang. Tanggungjawab semua warga SKDAB adalah memastikan bahawa 4 sub NKRA KPM mencapai sasaran yang ditetapkan.

            Pada tahun 2012,  Perdana Menteri Malaysia sendiri telah  membentangkan Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ). Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP)  ini merupakan pembaharuan yang bakal dilakukan kepada sistem pendidikan negara yang mana tempoh pelaksanaanya adalah dari 2013 sehingga tahun 2025. Sebelum ini, iaitu sekitar 2006 sehingga 2010 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan digunapakai dan sejajar dengan kemajuan serta trend negara yang semakin berubah memerlukan satu pembaharuan dimana ia dirangka didalam satu pelan baru iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ).

            Pelan ini turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.

            Secara umum, 9 perkara di bawah adalah aspek yang bakal disentuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan iaitu :

·         Memartabatkan profesion perguruan.

·         Meningkatkan kepimpinan sekolah..

·         Meningkatkan kualiti sekolah.

·         Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran.

·         Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.

·         Penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan sosial sebagai rakan kongsi.

·         Meningkatkan kesediaan murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja.

·         Memperbaik kecekapan dan keberkesanan sumber.

·         Membina kemampuan dan keupayaan sistem penyampaian.

            Buku Pengurusan dan Pentadbiran  ini adalah sebagai rujukan pandu arah dan dapat menjelaskan kerja buat kita sebagai pendidik yang proaktif, kreatif dan inovatif.Pada masa yang sama kita hendaklah mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa dan adil semasa bertugas mesra dalam memberi layanan dan memahami serta sensatif terhadap masalah yang dihadapi oleh semua pihak sama ada di dalam dan di luar sekolah

SELAMAT MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN CEMERLANG.

Sekian, terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Sekolah Kebangsaan Dato' Abu Bakar, skdab, skdabkl, datoabubakar

%d bloggers like this: