All posts by skdabkl

SRK ( P ) Dato’ Abu Bakar ditubuhkan pada 14 Mac 1960 dan dinamakan sempena nama Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Abu Bakar B. Baginda SPMS. Beliau telah merasmikan sekolah ini sepenuhnya untuk murid-murid perempuan dan murid lelaki berpindah ke SRK ( L ) Jalan Pasar, Kuala Lumpur. Sekolah ini telah dibahagikan kepada dua sekolah iaitu SRK (P) Dato’ Abu Bakar 1 dan 2 pada Januari 1963. Langkah penamaan ini diambil ekoran enrolmen yang semakin meningkat. Asal keluasan tanah sekolah ini ialah 6.8 ekar. Malangnya sebahagian besarnya telah diduduki oleh setinggan.Akhirnya sekolah ini, selain bangunan sekolah hanya mempunyai sebuah padang kecil yang mencukupi untuk gelanggang bola jaring. Pada tahun 1997, enrolmen murid semakin berkurangan . Ini disebabkan oleh perpindahan rumah-rumah setinggan di Jalan Imbi dan Jalan Cochrance. Selain itu, sebahagian besar setinggan-setinggan di kawasan sekitar turut berpindah. Pada tahun 1998, SRK ( P ) Dato’Abu Bakar 1 dan 2 telah digabungkan semula menjadi SK Dato’ Abu Bakar kerana enrolmen murid semakin merosot. Guru Besar pertama SK Dato’ Abu Bakar ialah Puan Che Tom. Pada tahun 1998, sekolah ini juga menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran.