Hari Produktiviti PPKI- Ping Pong

Advertisements

Majlis Penutup dan Karnival Ceriathon 2016

majlis-penutup-ceriathon

Majlis Penutup Ceriathon telah diadakan di dewan SKDAB pada 26 Oktober 2016. Majlis telah disempurnakan oleh ASP Mohd Zain bin Mat Aris, Ketua Balai Polis Tun HS Lee. Pada majlis tersebut juga, badan-badan korporat seperti Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Bank Simpanan Nasional yang telah memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk seperti komputer, papan ‘countdown’ UPSR, wang ringgit dan lain-lain lagi.

penyampaian-hadiah-ceriathon

Penyampaian hadiah kepada para pemenang yang mengumpul dana terbanyak untuk Program Ceriathon dan cabutan bertuah pada Karnival Jualan Ceriathon 2016 yang diadakan pada 26 Oktober 2016. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKDAB, Badan Kebajikan Guru dan Staf (BKGS) SKDAB, Unit Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) antara yang mengambil tempat menjual makanan dan minuman pada hari tersebut.

Gotong Royong Ceriathon Tahun 2016

gotong-royong-pss

Gotong–royong Ceriathon Pusat Sumber Sekolah (PSS) diadakan pada 25 Oktober 2016. Gotong-royong yang dijalankan ini menceriakan suasana PSS yang baru sahaja diubahsuai dan di selenggara.

gotong-royong-taman-herba

Program Gotong-royong Ceriathon telah diadakan pada 25 Oktober bertempat di Taman Herba SK Dato’ Abu Bakar. Guru-guru, ibu bapa dan murid berganding bahu membersihkan kawasan dan menanam anak pokok sebagai usaha kelestarian taman di SK Dato’ Abu Bakar.