Kejohanan Sukan dan Balapan Kali ke-17

Kejohanan Sukan dan Balapan kali ke-17 ini telah dijalankan di padang sekolah pada 21 Jun 2014. Program yang sepatutnya bermula seawal pukul 7.30 pagi terpaksa dilewatkan ke 8.30 pagi kerana kehadiran murid yang kurang memuaskan terutamanya kehadiran pasukan rumah Hijau. Tepat pukul 8.30 pagi setelah semua tetamu, guru-guru dan murid-murid mengambil tempat kejohanan ini dimulakan.

DSC_0286

page05

 Antara tetamu yang hadir ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Dato’ Abu Bakar iaitu Encik Norazmi bin Mat dan isteri serta ahli jawatankuasa PIBG yang lain.

 Kejohanan ini dimulakan dengan lintas hormat dari kontinjen rumah sukan di hadapan tetamu kehormat dan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Shahrul Redzuan bin Othman.

DSC_0458

 Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-17, 2014 telah dirasmikan oleh Puan Guru Besar, Puan Hajah Puziah binti Haji Abdul Rahman. Gimik perasmian adalah larian obor oleh Setiausaha Sukan, Encik Mohd Aswadi bin Zaini dan beberapa orang guru lain sebelum diserahkan kepada Puan Guru Besar.

 Sebanyak 13 acara balapan dan padang serta 14 pertandingan sukaneka yang dipertandingkan sepanjang kejohanan ini. Kesemua pemenang telah menerima hadiah masing-masing pada hari tersebut. Kejohanan yang penuh warna-warni ini ditambah dengan hiasan khemah dari tiga rumah sukan yang menarik dan menaikkan semangat peserta kejohanan untuk bertanding dengan bersungguh-sungguh.

DSC_0455

DSC_0533

DSC_0524

 Kejohanan ini diserikan dengan persembahan pencak silat Setia Bakti oleh murid-murid SK (L) Jalan Pasar 1 dan guru dari SK Dato’ Abu Bakar dan SK (L) Jalan Pasar 1. Kejohanan juga meriah dengan persembahan senam robik oleh murid-murid SK Dato’ Abu Bakar yang terdiri daripada murid-murid aliran perdana dan pendidikan khas integrasi (masalah pembelajaran).

DSC_0388

 Sebagai kemuncak kejohanan, acara sukaneka antara guru dan ibu bapa / penjaga telah diadakan untuk mewujudkan ukhwah dan merapatkan silaturahim antara guru-guru dan juga ibu bapa / penjaga.

DSC_0478 page07

 Kejohanan Sukan dan Balapan kali ke-17 ini tamat pada pukul 12.50 tengah hari. Murid-murid telah diberikan ‘goodie bag’ dan gambar kenang-kenangan telah diambil sebelum bersurai.

DSC_0430

DSC_0359

page06