Lawatan Sambil Belajar Ke Muzium TUDM, Sungai Besi Kuala Lumpur

Pada 27 Mei 2014 hari Selasa , 20 orang murid, 16 orang guru dan 4 pembantu pengurusan murid telah mengikuti lawatan sambil belajar di Muzium TUDM Sungai Besi.

Seawal jam 7.40 pagi, murid-murid berkumpul di kantin untuk sarapan pagi. Bas lawatan tiba di kawasan sekolah pada jam 8.30 pagi. Semua guru dan Pembantu Pengurusan Murid telah memastikan terlebih dahulu murid-murid semua telah ada sebelum rombongan bergerak . Murid-murid kemudian dibawa menaiki bas di hadapan pintu pagar sementara Ustaz Shahrul Redzuan membaca doa ringkas.

Pada jam 9.30 pagi, kami selamat sampai di Muzium TUDM, Sungai Besi. Murid-murid dibawa melihat helicopter Tentera Udara yang berada di padang TUDM. Terdapat beberapa buah helicopter yang dijadikan pameran diletakkan di padang TUDM. Sementara itu murid-murid di beri sedikit pendedahan berkenaan dengan TUDM oleh pegawai yang bertugas . Murid-murid juga boleh masuk ke dalam helikopter dan bergambar di kawasan helikopter tersebut.

Selesai berada di padang yang terdapat helikopter, murid-murid dibawa pula masuk ke dalam pameran helikopter. Di situ juga terdapat pelbagai helikopter TUDM yang dijadikan pameran. Sejarah-sejarah di Muzium TUDM juga terdapat dalam pameran tersebut. Murid-murid begitu seronok dan teruja dapat melihat pelbagai helikopter dan serta dapat masuk ke dalam helicopter tersebut.

Setelah penat mengelilingi kawasan pameran tersebut murid-murid dibawa keluar untuk membeli minuman di koperasi TUDM yang terdapat di sebelah bilik pameran. Cuaca agak panas ramai murid yang tidak membawa minuman sendiri membeli minuman dan juga makanan di koperasi tersebut. Di samping itu di Koperasi TUDM itu juga terdapat cenderamata dari TUDM yang dijual di Koperasi mereka. Ada juga murid-murid dan guru-guru yang membeli cenderamata tersebut untuk dibawa pulang sebagai kenangan kerana telah sampai ke Muzium TUDM.

Pada jam 12.00 tengah hari, kami bersiap untuk  pulang ke sekolah. Bas tiba pada jam 12.00 tengah hari dan kami selamat sampai di sekolah pada jam 12.30 petang.

Semoga lawatan ini dapat memberi  pengalaman baru kepada murid-murid dan menambah ilmu pengetahuan kepada murid-murid tentang Muzium Tentera Udara Malaysia ( TUDM ).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s