Lawatan Sambil Belajar Ke 1001 Inventions 2014

Pada hari Khamis bersamaan 17 April 2014, SKDAB  telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara (PSN). Murid-murid tiba di PSN pada jam 9:30 pagi. Sepanjang lawatan tersebut banyak fakta-fakta dan pengalaman menarik Murid-murid peroleh. Lawatan ini dapat membantu murid-murid  menimba pengalaman tentang dunia sains.

irfan

1001 Inventions mendedahkan pencapaian sains dan budaya berusia seribu tahun dari Tamadun Islam bermula dari abad ke-7 dan seterusnya, dan bagaimana sumbangan mereka membantu mewujudkan asas-asas dunia moden kita hari ini.

Menerusi anugerah program-program pendidikan, buku, pameran blockbuster, pertunjukkan lansung, filem dan produk pembelajaran, 1001 Inventions mempamerkan sumbangan para cendekiawan lelaki dan wanita dari pelbagai agama dan budaya dalam tamadun ini yang telah menjangkau dari Sepanyol ke China.

1001 Inventions, telah menghasilkan pelbagai pengalaman yang menarik, pendidikan, pengeluaran, produk dan sumber-sumber bertaraf dunia yang telah dikaji secara teliti oleh ahli-ahli akademik dan direka oleh pakar-pakar industri.

Selesai melawat 1001 Inventions, pihak sekolah membawa murid-murid ke adalah ke bahagian pameran sains yang dinamakan ‘Laluan ke Alam Sains’. Murid-murid melihat berbagai-bagai objek sains yang dipamerkan berkenaan manusia, makanan, tumbuhan, percambahan biji benih, alam cakerawala, bumi, bintang, cahaya, bunyi dan sebagainya. Murid-murid berpeluang mencuba sendiri dengan objek yang dipamerkan.

Antara bahan pameran yang menarik perhatian murid-murid adalah:

Objek yang dinamakan ‘Sejuta Putaran’ dimana ianya memiliki enam gear roda besar dan lima gear roda kecil. Tombol ataupun engkol merah diputarkan mengikut arah jam. Apabila diputarkan roda besar pertama akan bergerak sehingga menyentuh roda kecil pertama dan begitulah seterusnya sehingga habis kesemua roda yang ada diputarkan.

Di satu sudut dipamerkan gambaran ‘Kitaran Bumi’ yang menceritakan keadaan muka bumi yang terbentuk 200 juta tahun dahulu. Fakta yang ditulis menyatakan bahawa bumi dibentuk menjadi superbenua yang dinamakan Pengaea. Lebih menarik lagi, di satu sudut ‘Bumi Dari Udara’ mempamerkan pandangan Bumi yang dilihat dari angkasa lepas dan ianya dibina seolah-olah Bumi sedang berputar.

azim

Pada bahagian pameran yang dinamakan ‘Bioteknologi dalam industri makanan’. Di sini ditunjukkan rajah berkenaan ‘penghibridan’, ‘kesihatan dan faedah nutrisi dan bahan tambahan’ dan ‘bantuan pemprosesan’. Di sini dinyatakan kesan bioteknologi kepada industri makanan dalam menghasilkan produk-produk makanan. Contoh-contoh bahan makanan yang dipamerkan seperti jagung, minyak canola, cuka putih, perasa , keju, garam, gula, emulsifier dan ‘bicarbonate of soda’.

Seterusnya, bagi menguji kelikatan bendalir dimana ianya dinamakan ‘Tiub Kelikatan’. Seperti dalam arahan, tombol ditolak dan ditarik kembali bagi tujuan mengepam udara. Bagi membezakan kelikatan atau kepekatan bendalir di dalam tiub tersebut, pemerhatian dibuat berdasarkan kelajuan bendalir tersebut bergerak. Dinyatakan juga semakin besar rintangan bermakna semakin likat bendalir tersebut. Dapat Murid-murid simpulkan bahawa semakin pekat bendalir tersebut maka semakin perlahan pergerakannya.

Bahagian pameran ini memang menarik perhatian. Ianya dinamakan ‘Sinaran Cahaya’. Di sini Murid-murid berpeluang bermain sambil membuat eksperimen pantulan cahaya. Setiap jenis kanta akan memantulkan corak cahaya yang berbeza. Kanta cembung dan kanta leper menghasilkan serakan atau corak yang berbeza; begitu juga jika sudut kanta dialihkan kepada sudut darjah berbeza.

Murid-murid berpeluang mencuba eksperimen berkaitan ‘Arus Udara’; apabila butang ditekan udara akan keluar melalui corong dan bola akan terapung. Apabila kelajuan dinaikkan bola akan terapung semakin tinggi.

‘Kids Dicovery Place’ adalah satu ruang pembelajaran sains bagi kanak-kanak. Murid-murid tertarik dan teruja akan tempat ini. Saiz, bentuk, warna, susun atur dan hiasan perabot disesuaikan dengan saiz kanak-kanak. Situasi di sini menarik minat kanak-kanak meneroka dan bermain dengan peralatan yang disediakan. Setiap meja dan sudut disediakan dengan set permainan atau aktiviti sains dan matematik. Murid-murid lihat kanak-kanak leka bermain dan memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukannya. Di satu sudut lantai, ditunjukkan susunan planet yang terdapat di cakerawala manakala salah satu dinding pula menunjukkan gambar matahari. Setiap sudut dan ruang dipenuhi dengan informasi bergambar menarik yang bertemakan teknologi, planet dan angkasawan. Siling juga tidak ketinggalan dihias dengan menarik.

Murid-murid melalui bahagian ruang tengah PSN, di sini terdapat KidzWorld dimana terdapat ruang bermain untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah dinamakan ‘Peneroka Comel’ (Little Explorers). Permainan pelbagai bentuk seperti cendawan, ulat bulu, hidupan laut dan sebagainya mengujakan bagi kanak-kanak. Di sini kanak-kanak kelihatan bebas bermain dan bergerak. Bagi kanak-kanak yang matang mereka boleh bermain di ‘Foam Factory’ di mana mereka menembak bola supaya mengenai sasaran. Pertunjukan eksperimen sains juga diadakan di bahagian ini.

Sebelum beredar, murid-murid melihat demonstrasi sains berkaitan tindak balas kimia. Ada murid yang dijemput ke pentas untuk mengambil bahagian. Pengalaman lawatan ini amat bermakna bagi murid-murid kerana banyak bahan yang didapati yang boleh diimplementasikan dalam kehidupan mereka sebagai kanak-kanak. Program tamat pada pukul 12.30 tengah hari.

sufi